30 Aug 2016
Clariant akan memberi tumpuan kepada kecekapan penjimatan kos di acara terkemuka sarung tangan getah
- Clariant akan kembali mengambil bahagian di acara ke-8 Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa (IRGCE) 2016
- Acara terkemuka Industri ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia 6-8 September 2016
- Pada persidangan dan pameran ini Clariant akan menampilkan kecekapan penjimatan kos untuk aplikasi pencelupan getah
Singapura, 30 Ogos 2016 – Clariant, peneraju dunia dalam kimia khusus, akan mengambil bahagian di acara ke-8 Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa(IRGCE) 2016 yang akan diadakan pada 6-8 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, Malaysia. Di dalam majlis itu Clariant akan menampilkan produk terkemukanya dan penyelesaian khusus kepada pelanggan mengenai kecekapan penjimatan kos disamping mematuhi kesemua keperluan peraturan yang ketat.
Sebagai pembekal utama pewarna khusus untuk aplikasi getah, Clariant sebagai tuan rumah pewarna dan produk pigmen akan mempamerkan beberapa keperluan yang dapat mematuhi kawal selia terkini mengenai ekologi dan kelestarian, keadaan ini sering meletakkan pengeluar di bawah tekanan bagi mematuhinya. Produk yang ditumpukan bukan sahaja mengekalkan ketekalan warna yang tinggi dari barisan kelompok-kelompok getah, tetapi juga mencapai keserasian yang sangat baik dari sebatian getah pelanggan yang pelbagai.
Di pameran IRGCE ini Clariant akan menampilkan kecekapan penjimatan kos pewarnanya, peraturan ketulinan EU pewarna spesifik dan peraturan US pewarna spesifik.
"Dengan majoriti pengeluaran sarung tangan dunia datang dari Asia Tenggara, Clariant komited untuk memberikan yang terbaik dalam kelasnya dan penyelesaian teknikal paling sesuai kepada pelanggannya di rantau ini. Ini disokong secara teknikal oleh makmal serba canggih dan satu pasukan kakitangan teknikal yang berdedikasi yang berada di Kuala Lumpur ", ulas Adrian Ang, Ketua Jualan Asia Tenggara dan Pasifik, BU Pigmen Plastics dan Aplikasi Khas.
Pewarna yang menjimatkan kos bagi penggunaan lateks
Pewarna Colanyl® dan Flexonyl®WFlines Clariant menawarkan penjimatan kos yang tinggi dan bertepatan untuk aplikasi kos sensitif di mana tiada kawal selia khusus yang diperlukan. Persediaan pigmen berasaskan air ini dihasilkan tanpa fenol alkil Ethoxylated (APEO) dan boleh ditambah secara terus ke dalam mana-mana sistem lateks untuk hasilan warna yang terbaik.
Peraturan ketulenan EU pewarna spesifik
Clariant menawarkan pewarna pilihan khas yang memenuhi keperluan kelestarian untuk kesan bendasing logam berat dan kandungan utama amina aromatik seperti dikehendaki oleh piawaian EU EN 71-3 dan EN 71-9, serta Resolusi Komuniti Eropah AP (89 ) 1.
Pewarna itu termasuk Cosmenyl®, FlexonylSP dan Hostafine®. Sebagai tambahan bahan bebas APEO yang sama, Cosmenyl juga mematuhi syarat pewarna kosmetik dalam Arahan kosmetik EEC. 76/768, Manakala Hostafine adalah persediaan pigmen akueus ultra-halus dengan taburan saiz zarah yang amat rendah dan oleh itu menghasilkan ketelusan yang sangat cantik dan berkilauan tinggi.
Peraturan US pewarna spesifik
Colanyl dan Flexonyl dipilih kerana mengandungi pigmen asas tersendiri dalam pengadunan pigmen khas mematuhi peraturan berasaskan getah Amerika Syarikat sesuai digunakan berulang kali di dalam aplikasi pemakanan FDA 21CFR 178,3297. Pekatan, bahan bebas-APEO penyediaan pigmen akueus mudah bercampur dalam sistem berasaskan air dengan menghasilkan warna yang sangat cantik.
Pasukan perkhidmatan teknikal dan pelanggan Clariant akan berada di tapak gerai mereka E35 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semasa pameran tiga hari itu untuk menyediakan pengunjung maklumat lanjut mengenai produk dan penyelesaian yang disediakan oleh Clariant.
Reader Enquiries
Clariant International Ltd
Rothausstrasse 61
4132 Muttenz 1
Switzerland
Notes for Editors
Colanyl®, Flexonyl®, Cosmenyl® DAN Hostafine® ADALAH MERK DAGANG CLARIANT YANG TERDAFTAR DI BANYAK NEGARA.
Clariant merupakan perusahaan global yang bergerak di bidang kimia khusus, dengan kantor pusat di Muttenz dekat Basel, Swiss. Sampai dengan tanggal 31 Desember 2015, perusahaan mempekerjakan 17.213 karyawan. Pada tahun keuangan 2015, Clariant mencatat penjualan sebesar CHF 5,807 miliar untuk bisnis yang sedang berjalan. Laporan perusahaan terdiri dari empat area bisnis Care Chemicals, Katalis, Sumber Daya Alam, Plastik & Lapisan. Strategi korporasi Clariant berfokus pada lima pilar strategis: Profitabilitas pada bisnis inti, reposisi portofolio, meningkatkan nilai keberlanjutan, inovasi serta kegiatan penelitian dan pengembangan, serta pertumbuhan dinamis.
Related documents
MR_CLN to highlight cost-efficient solutions at leading rubber glove-in
Editorial enquiries
Carsten Seum
Clariant International Ltd
Stefanie Nehlsen
Clariant International Ltd
stefanie.nehlsen@clariant.com
Josina van der Velden
EMG
Also available in